Hari ini, tanggal 16 Mei 2011 (Isnin), sekolahku telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut sederhana seperti mana tahun-tahun sebelum ini.
Sambutan telah dimulakan dengan perbarisan di tapak perhimpunan, kemudian diikuti dengan ucapan KPPM, Menteri Pelajaran, wakil guru dan wakil murid. Setelah selesai ucapan, persembahan daripada murid-murid mengambil tempat.
Sambutan kali ini diakhiri dengan sesi pemberian hadiah dan cenderamata oleh murid-murid kepada guru-guru. Diharapkan dengan sambutan sebegini pada setiap tahun akan memberikan semangat kepada para guru untuk terus mendidik anak bangsa bagi membangunkan negara ke aras yang lebih cemerlang dan gemilang.
Cikgu Mohd. Fadzli Bin Mansor
Guru umpama neon, menerangi kamar dengan cahaya putih.
Monday, May 16, 2011
Thursday, April 7, 2011
PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 kini sudah kembali. Mari kita ramai-ramai hebohkan berita baik ini. 22 April hingga 1 Mei 2011. Pelbagai buku daripada pelbagai penerbit dipamerkan. Jangan lepaskan peluang ke pesta buku terbesar Asia Tenggara ini. Masukkan tarikh-tarikh ini ke dalam kalendar tuan dan puan. Sila layari laman sesawang KLIBF 2011, Kuala Lumpur.
Sunday, April 3, 2011
PERTUKARAN GURU JUN 2011
Pemberitahuan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.
Permohonan pertukaran guru bagi Jun 2011 hanya dibuka untuk kes berikut:
1. Mengikut suami/isteri yang berada di negeri yang dipohon.
2. Ancaman keselamatan beserta dengan laporan polis.
3. Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon beserta laporan kesihatan daripada pakar hospital kerajaan.
Untuk permohonan sila klik lawan sesawang http://apps.moe.gov.my/epgo/
Permohonan pertukaran guru bagi Jun 2011 hanya dibuka untuk kes berikut:
1. Mengikut suami/isteri yang berada di negeri yang dipohon.
2. Ancaman keselamatan beserta dengan laporan polis.
3. Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon beserta laporan kesihatan daripada pakar hospital kerajaan.
Untuk permohonan sila klik lawan sesawang http://apps.moe.gov.my/epgo/
HANGATKAN SEKOLAHKU
Hangatkan Sekolahku kini kembali.
Anda yang bergelar murid/pelajar sekolah dijemput untuk menyertai. Hanya nyatakan apa yang anda inginkan untuk sekolah anda.
Adakah anda inginkan peralatan muzik baru untuk sekolah anda? Atau ingin mencantikkan kawasan kantin?
Apa yang anda perlukan?
Mulai 28 Mac, anda berpeluang untuk menghangatkan suasana sekolah anda bersama kami. Hantarkan penyertaan anda di sini sekarang!
Sekolah-sekolah yang terpilih bakal dikunjungi oleh penyampai-penyampai Hot FM dan artis terkenal tanah air.
Anda yang bergelar murid/pelajar sekolah dijemput untuk menyertai. Hanya nyatakan apa yang anda inginkan untuk sekolah anda.
Adakah anda inginkan peralatan muzik baru untuk sekolah anda? Atau ingin mencantikkan kawasan kantin?
Apa yang anda perlukan?
Mulai 28 Mac, anda berpeluang untuk menghangatkan suasana sekolah anda bersama kami. Hantarkan penyertaan anda di sini sekarang!
Sekolah-sekolah yang terpilih bakal dikunjungi oleh penyampai-penyampai Hot FM dan artis terkenal tanah air.
Sunday, February 20, 2011
PENDRIVE BUKAN SEKADAR TEMPAT SIMPANAN DATA SAHAJA

PADA hari ini USB Pen Drive atau Cakera Flash USB mengambil alih peranan disket yang suatu ketika dahulu digunakan sebagai tempat simpanan data luaran yang mudah di bawa ke mana-mana.
Malah, ia mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada disket dan bentuk fizikalnya juga lebih kecil dan ringan berbanding disket.
Dalam dunia teknologi maklumat hari ini, ia merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk pekerjaan atau sebagainya.
Malah dengan rupa bentuk yang pelbagai dan menarik, ia dijadikan sebagai sebahagian fesyen kepada seseorang.
Apa yang lebih menarik ialah peranan Cakera Flash USB ini bukan sahaja untuk penyimpanan data semata-mata tetapi terdapat kegunaan-kegunaan yang lain.
Antaranya adalah seperti berikut:-
* Ia boleh digunakan untuk melarikan program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Program-program komputer ini boleh dipilih oleh anda untuk memasangkannya kepada Cakera Flash USB tersebut.
Sila lawati laman web PortableApps.com untuk mengetahui faedah ini.
* Sekiranya anda mahu Cakera Flash USB ini berfungsi lebih daripada melarikan program-program komputer, maka ia perlu berupaya melarikan sistem pengoperasian.
ini boleh dilakukan sama ada anda mahu larikan sistem pengoperasian Windows atau Linux.
Konfigurasinya agar rumit tapi anda boleh dapati manualnya di Internet.
* Cakera Flash USB juga boleh dijadikan alat untuk sambungan tanpa wayar dengan menggunakan fungsi konfigurasi sambungan tanpa wayar yang ada dalam Windows dan menyimpan salinan konfiguasi sambungan wayar itu ke dalamnya.
* Ia juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat mereset kata laluan bagi Windows.
Sumber daripada Utusan Online.
Monday, February 14, 2011
HARI KOKURIKULUM 2011
Pada 16 Februari 2011 (Rabu), merupakan hari kokurikulum bagi SKS2BK. Oleh itu, murid-murid Tahap 2 wajib mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah. Pada minggu ini aktiviti yang akan dijalankan adalah aktiviti kelab dan persatuan.
CUTI MAULIDUR RASUL 2011
Pada 15 Februari 2011 (Selasa), merupakan cuti umum bagi Malaysia kerana menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammaad S.A.W. Sekolah akan dibuka semula pada keesokannya iaitu pada 16 Februari 2011 (Rabu). Sekian, harap maklum.
Subscribe to:
Posts (Atom)